Saturday, April 24, 2010

Program Penghayatan Taman Laut

12 - 15 april 2010

Pembaca Budiman,

Program Penghayatan Taman Laut merupakan program tahunan bagi warga SMK Dato' Ahmad Maher. Kali ini merupakan tahun ke dua Program Penghayatan Taman Laut ini dianjurkan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengetua, kerana telah berjaya mewujudkan satu jawatankuasa kerja yang begitu komited bagi menjayakan program ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn. Dyuniza bt. Anuar atas sokongan yang tidak berbelah bagi untuk memastikan program pada kali ini menjadi satu penanda aras kepada program-program yang bakal dianjurkan kelak. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua guru yang terlinat khususnya En. Eriszarizi b. Md. Deris kerana bertungkus lumus bagi melengkapkan segala kriteria dan prosedur kerja yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Kelantan.

Buat pengetahuan semua program ini merupakan satu program bersepadu melalui kerjasama dengan agensi-agensi lain bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang mencapai objektif. Sejuta penghargaan dan ribuan terima kasih ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Pusat Kokurikulum Kelantan, Pusat Kokurikulum Terengganu, Jabatan Laut Cawangan Pulau Redang dan Universiti Malaysia Terengganu. Tanpa kerjasama dari agensi-agensi ini, impian murni ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program :

1 . Water Confident
2 . Island Hoping and Snorkling
3 . Visit to Turtle Sanctuary
4 . Visit to Marine Park Centre
5 . Maherian in the Mangroove
6 . Malam Persembahan

Water Confident

Langkah ini adalah sangat penting apabila kita mengadakan aktiviti atau pergerakan yang melibatkan air. Ianya bertujuan untuk membina keyakinan diri para peserta apabila aktiviti sepenuhnya dimulakan. Ianya juga bertujuan untuk membiasakan para peserta dengan penggunaan Buoyancy Aid (BA) dan pergerakan serta bagimana BA dapat membantu mereka semasa beraktiviti. Apa yang paling penting dengan penggunaan BA, ianya dapat menjamin keselamatan pelajar dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi para pelajar yang tidak mempunyai asas renang, mereka turut didedahkan dengan teknik yang betul untuk berenang dengan bantuan BA.

Turtle Sanctuary

Turtle Sanctuary adalah sebuah pusat pemuliharaan penyu di bawah pengawasan Universiti Malaysia Terengganu. Ianya berfungsi sebagai sebuah pusat yang menjalankan kajian dan membuat bancian pembiakan dan penetasan penyu di sekitar Pulau Redang. Para perserta telah didedahkan dengan fakta dan statistik berkaitan dengan pemuliharaan dan pembikan penyu di Malaysia. Para peserta juga turut diberi penerangan dan penjelasan tentang ancaman-ancaman yang dihadapi oleh penyu dan peranan yang harus dimainkan oleh semua bagi memastikan khazanah alam ini terus bertahan hingga ke hujung zaman. Para peserta diberi peluang mendekati anak-anak penyu dan bergambar bersama anak-anak penyu yang sedang menjalani rawatan sebelum dilepaskan ke laut lepas. Pengalaman ini sungguh menarik dan sangat berharga.

2 comments:

  1. bez gler ,
    rugi spe x pegy .
    memg x nyesal arh .
    next year maybe ade lg .
    maher da bez !

    ReplyDelete
  2. one of the best experince with maherians...

    ReplyDelete